Saturday, 17 December 2011

LATIHAN UNTUK BAHAGIAN ANATOMI TUMBUHAN

SOALAN  UNTUK BAHAGIAN ANATOMI TUMBUHAN

  • Daun memainkan peranan yang penting untuk perkembangan tumbuhan, Terangkan dengan lebih lanjut definisi daun   
  •  Terangkan fungsi daun pada tumbuhan. 
  •   Penyusunan daun terbahagi kepada 3 jenis. Nyatakan.  
  •  Sistem akar penting dalam pertumbuhan pada pokok..Nyatakan 4 bahagian utama yang terdapat  distruktur akar pokok apabila ia berkembang.
  •  Batang pada pokok  adalah organ tumbuhan  yang terdapat di atas  permukaan tanah Nyatakan fungsi batang tersebut.

Rujukan Tambahan Untuk Subtopik Morfologi Bunga

http://www.biozone.co.nz/biolinks/PLANT_BIOLOGY.html

Rujukan Tambahan Untuk Subtopik Anatomi Tumbuhan

http://www.emc.maricopa.edu/faculty/farabee/biobk/biobookplantanat.html

VIDEO PLANT ANATOMY (Plant Parts and Functions)

VIDEO PART OF THE FLOWER

ANATOMI TUMBUHAN (SISTEM DAUN)

SISTEM DAUN




Daun adalah satu struktur yang leper dan nipis.  Ia juga dikenali sebagai lamina. Daun merupakan bahagian fotosintetik tumbuhan dan biasanya terdiri daripada dua bahagian iaitu blade dan petiole.Bagi tanaman monokot, tiada tangkai daun tetapi ada struktur yang dikenali sebagai sheath.

 Daun ditutupi oleh satu lapisan lilin dikenali sebagai kutikel (cuticle).   Lapisan kutikel dapat menghalang daun daripada kehilangan air. Pada kedua-dua permukaan daun terdapat stomata tetapi stomata lebih banyak terdapat di permukaan bawah daun.  Fungsi stomata ialah untuk pengaliran gas dan wap air.


Fungsi Daun

Fungsi utama daun adalah untuk fotosintesis.

Fungsi daun yang lain ialah :


            *  Menyimpan air

            *  Mengkumuhkan bahan buangan

            *  Sebagai sokongan iaitu tendril bagi tumbuhan  memanjat

            *  Sebagai perlindungan iaitu duri (kaktus) dan  epidermal hair (seperti daun labu)

            *  Memerangkap makanan

            *  Menyimpan makanan





JENIS SUSUNAN DAUN



Opposite iaitu dua daun di setiap node.
 

                                              Alternate  iaitu  satu daun di setiap node


          
                                          Whorled iaitu tiga atau lebih daun di setiap node.
                     

ANATOMI TUMBUHAN (SISTEM BATANG)

SISTEM BATANG

  •          Adalah organ tumbuhan yang biasanya terdapat di atas permukaan tanah.
  •          Pada batang terdapat tunas (buds), daun, nodes dan internodes. 
  •          Nodes adalah tempat terlekatnya daun.
  •          Internodes pula adalah jarak antara nodes pada batang. 
  •          Batang boleh menggambarkan tumbuhan berkenaan mengalami stress atau tidak.



Fungsi Batang

 Batang berfungsi sebagai :

  •   Sokongan untuk daun dan sistem reproduksi.
  •   Penghantaran air dan mineral.
  •   Penghantaran makanan yang terhasil (gula)
  •   Fotosintesis bagi batang berwarna hijau.
  •   Menyimpan air dan karbohidrat bagi batang tebal



Tisu Batang






Tisu batang terdiri daripada :

  1.   Epidermis sebagai perlindungan dan  memelihara kelembapan (cuticle)
  2.   Kortex berfungsi untuk menyimpan makanan,dan fotosintesis bagi batang  berwarna hijau    
  3.   Xylem berfungsi untuk menghantar air dan mineral serta menyokong sel
  4.   Phloem sebagai penghantar karbohidrat dan sokongan kepada sel.












 

ANATOMI TUMBUHAN (SISTEM AKAR)


AKAR



Terdapat di bawah tanah ada kalanya akar terdapat di atas permukaan tanah.

Tidak mempunyai tunas dan daun kecuali  akar khusus

Fungsi :
  •        untuk mencengkam tanah
  •       menyerap air dan nutrien
  •       menghantar air dan nutrien
  •    sintesis hormon cytokinins dan gibberelin   untuk pertumbuhan pucuk
  •        menyimpan karbohidrat  


PERKEMBANGAN AKAR


Apabila biji benih bercambah, akar utama terbentuk. Akar ini akan menyerap air untuk membolehkan anak benih berkembang.  Apabila akar utama memanjang, akar sekunder atau akar sisi akan tumbuh


STRUKTUR AKAR







Terdapat 4 bahagian utama apabila akar berkembang iaitu :

i.    root cap yang melindungi akar apabila ia menembusi tanah atau bergerak melalui tanah.
ii.     meristem atau kawasan pertumbuhanbaru.
iii.    zon pemanjangan di mana sel akan memanjang
iv.    zon matang dan penyerapan



Secara morfologinya akar boleh dikelaskan kepada  :



FIBROUS ROOT (AKAR SERABUT)





Ia halus dan berambut. Banyak akar yang bersaiz sama antara satu dengan yang lain. Ianya terdapat pada tumbuhan jenis monokot. Rumput, african violet dan labu adalah jenis tumbuhan yang mempunyai akar serabut.


TAP ROOT (AKAR TUNJANG)




Adalah akar utama yang bercabang. Ia merupakan bahagian akar yang mencengkam dan menyerap nutrien. Ia terdapat pada tumbuhan jenis dikot. Contoh tumbuhan yang mempunyai tap root ialah lobak merah dan turnip.

ANATOMI TUMBUHAN

BAHAGIAN AKAR

Soalan dan Latihan (BAHAGIAN MORFOLOGI BUNGA)

1.      Apakah fungsi Sepal pada bahagian bunga?
2.       Bunga terbahagi kepada 2 bahagian. Nyatakan.
3.       Nyatakan 4  bahagian utama bunga.
4.       Nyatakan Jenis susunan bagi pokok bunga
5.       Nyatakan dan huraikan tentang ciri-ciri bagi  setiap  bunga Monoecious ,Dioecious, dan   Polygamous








SPESIFIKASI BUNGA

4.     SPESIFIKASI BUNGA

  •  Jenis bunga, berdasarkan kewujudan bahagian-bahagiannya merangkumi:
  •                 Bunga lengkap mempunyai sepal, kelopak, stamen, dan pistils.
  •                 Bunga yang tidak lengkap hilang salah satu daripada bahagian asasnya.
  •                 Bunga yang sempurna mempunyai kedua dua stamen dan pistils.


1.Monoecious
Tumbuh-tumbuhan menanggung kedua-dua staminate dan bungaberputik pada pokok yang sama seperti di Quercus sp (oak) dan ZeaMays (jagung).

2.Dioecious
Tumbuh-tumbuhan menanggung bunga staminate pada satu loji danbunga berputik pada tumbuhan yang berbeza, dengan itu terma-terma tumbuhan jantan dan betina.Contohnya banyak terdapat pada  Ilex spesies (holly) dan semua cycads dankonifer

3. Poligami
Tumbuh-tumbuhan menanggung staminate, berputik, dan hermaphroditic(biseksual - kedua-dua jantina yang hadir dan berfungsi dalam bunga yang sama) bunga pada pokok yang sama. Satu contoh ialah Acerrubrum (merah maple).






 
    1
     !





    fff

      JENIS DAN STRUKTUR BUNGA

      3.   Jenis  Struktur  bunga

      §               Bunga yang disusun secara sendirian dikenali sebagai bunga solitary.


      Bunga tunggal di hujung paksi utama, tiada pedisel langsung adalah dari jenis solitary.Manakala itu, bunga yang disusun secara himpunan atau cluster dikenali sebagai bunga  inflorescence. Susunan ini terbahagi kepada spike, panicle, raceme, corymb, umble, head dan cyme.




      §  Pedunkel ialah tangkai utama. Pedisel ialah tangkai kecil dengan bunga di hujung.
      §  Susunan pedisel pada pedunkel yang membezakan jenis susunan secara himpunan (inflorescence)

       
                                             RAJAH SUSUNAN BUNGA






       
      CORYMB
      RACEME

        
      UMBLE



                                              
                                                                                       PANICLE




           PENERANGAN :


           Panicle:
           Paksi utama yang bercabang dengan kumpulan bunga yang longgar

           Raceme :
           Paksi utama memanjang, tidak bercabang, bunga mempunyai  pedisel

           Corymb :
           Paksi utama memanjang ,tidak bercabang, pedisel tidak sama panjang, kelihatan rata di atas
         
           Simple Umbel:
           Pedunkel dengan semua pedisel di hujungnya






                                          






         





       

      JENIS BUNGA

      2.   JENIS BUNGA

      Bunga boleh dibahagikan:
      1.  Bunga lengkap - mengandungi kesemua empat struktur utama.
      2.  Bunga tidak lengkap - tiada salah satu daripada empat struktur utama.

      Ada organ jantan dan betina ia dipanggil bunga lengkap.  Jika tiada salah satunya dipanggil bunga tidak lengkap. Bunga tidak lengkap yang ada organ jantan dikenali sebagai bunga staminate. Manakala bunga tidak lengkap yang ada organ betina dipanggil bunga pistillate    

      Jika bunga staminate dan pistilat wujud di atas pokok yang sama ia dikenali sebagai monoecious. Contohnya seperti bunga pokok jagung.  Bunga jantan jagung terletak di hujung batang dan bunga betina pula terletak di ketiak daun. Jika staminate dan pistilat berada di pokok berasingan, ia dikenali sebagai dioecious.


                                                        (PISTILLATE)               (STAMINATE)

      MORFOLOGI BUNGA



      MORFOLOGI   BUNGA 


      1.  BAHAGIAN BUNGA

               Bunga adalah bahagian tumbuhan yang mengandungi organ pembiakan.
               Terdapat 4 bahagian  utama iaitu:



                                                                         
      1.SEPAL


      Sepal adalah bahagian yang paling luar dan biasanya berwarna hijau. Bagi tumbuhan monokot, sepal berwarna cerah. Fungsinya untuk menarik agen pendebungaan. Ia juga menjaga keselamatan  bahagian betina dan jantan bunga .


      2. PETAL




      Petal biasanya berwarna terang untuk menarik serangga dan binatang lain bagi pendebungaan such as insects and birds .  Gabungan petal dikenali sebagai corolla.  Petal yang disusun berasingan dipanggil appetalious dan yang bergabung dipanggil sympetaleous. 

      3. STAMEN


      Stamens adalah organ pembiakan jantan.  Setiap stamen ada tangkai yang dikenali sebagai filamen.  Di atas filamen terdapat anther.  Secara gabungan ia dikenali sebagai androceoum.


      4. PISTIL

      Pistil adalah organ pembiakan betina. Pistil. Mengandungi 3 bahagian iaitu: -



      1)       Ovary - bahagian dasar yang mengembang.  Ia mengandungi  satu atau dua ovules yang
       disenyawakan akan menjadi biji.

      2)       Style - struktur kecil yang  menyokong stigma

      3)       Stigma : berbulu dan sticky yang boleh   menangkap dan  memegang
       debunga.