Saturday, 17 December 2011

ANATOMI TUMBUHAN (SISTEM AKAR)


AKAR



Terdapat di bawah tanah ada kalanya akar terdapat di atas permukaan tanah.

Tidak mempunyai tunas dan daun kecuali  akar khusus

Fungsi :
  •        untuk mencengkam tanah
  •       menyerap air dan nutrien
  •       menghantar air dan nutrien
  •    sintesis hormon cytokinins dan gibberelin   untuk pertumbuhan pucuk
  •        menyimpan karbohidrat  


PERKEMBANGAN AKAR


Apabila biji benih bercambah, akar utama terbentuk. Akar ini akan menyerap air untuk membolehkan anak benih berkembang.  Apabila akar utama memanjang, akar sekunder atau akar sisi akan tumbuh


STRUKTUR AKAR







Terdapat 4 bahagian utama apabila akar berkembang iaitu :

i.    root cap yang melindungi akar apabila ia menembusi tanah atau bergerak melalui tanah.
ii.     meristem atau kawasan pertumbuhanbaru.
iii.    zon pemanjangan di mana sel akan memanjang
iv.    zon matang dan penyerapan



Secara morfologinya akar boleh dikelaskan kepada  :



FIBROUS ROOT (AKAR SERABUT)





Ia halus dan berambut. Banyak akar yang bersaiz sama antara satu dengan yang lain. Ianya terdapat pada tumbuhan jenis monokot. Rumput, african violet dan labu adalah jenis tumbuhan yang mempunyai akar serabut.


TAP ROOT (AKAR TUNJANG)




Adalah akar utama yang bercabang. Ia merupakan bahagian akar yang mencengkam dan menyerap nutrien. Ia terdapat pada tumbuhan jenis dikot. Contoh tumbuhan yang mempunyai tap root ialah lobak merah dan turnip.

No comments:

Post a Comment