Saturday, 17 December 2011

ANATOMI TUMBUHAN (SISTEM DAUN)

SISTEM DAUN




Daun adalah satu struktur yang leper dan nipis.  Ia juga dikenali sebagai lamina. Daun merupakan bahagian fotosintetik tumbuhan dan biasanya terdiri daripada dua bahagian iaitu blade dan petiole.Bagi tanaman monokot, tiada tangkai daun tetapi ada struktur yang dikenali sebagai sheath.

 Daun ditutupi oleh satu lapisan lilin dikenali sebagai kutikel (cuticle).   Lapisan kutikel dapat menghalang daun daripada kehilangan air. Pada kedua-dua permukaan daun terdapat stomata tetapi stomata lebih banyak terdapat di permukaan bawah daun.  Fungsi stomata ialah untuk pengaliran gas dan wap air.


Fungsi Daun

Fungsi utama daun adalah untuk fotosintesis.

Fungsi daun yang lain ialah :


            *  Menyimpan air

            *  Mengkumuhkan bahan buangan

            *  Sebagai sokongan iaitu tendril bagi tumbuhan  memanjat

            *  Sebagai perlindungan iaitu duri (kaktus) dan  epidermal hair (seperti daun labu)

            *  Memerangkap makanan

            *  Menyimpan makanan





JENIS SUSUNAN DAUN



Opposite iaitu dua daun di setiap node.
 

                                              Alternate  iaitu  satu daun di setiap node


          
                                          Whorled iaitu tiga atau lebih daun di setiap node.
                     

No comments:

Post a Comment